Thursday 7 August 2014

Kawan

Entah la apa la nasib Misz Sha.. duduk di Seremban jauh dengan keluarga.. kesunyian sangat2... ada kawan tapi tak layan kita.. lau dia rasa nak marah dia marah terus2 je... cinta ditolak mentah-mentah oleh seorang lelaki selepas diberi harapan.. sedih sunyi dan kecewa sangat..........

Sunday 3 August 2014







E4 - RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 15 –

1Tarikh & Hari: 31/3/2014
Isnin
2Masa: 10.30-11.00pagi
3Matapelajaran: Bahasa Melayu
4Kelas: 4 B
5Komposisi kelas: 6 orang
6Tajuk/ Tema: Kata Adjektif
7Sub-tajuk:
1.              Menyatakan  definisi kata adjektif
2.              Menyenaraikan jenis kata adjektif
3.              Menghuraikan jenis kata adjektif
8Pengetahuan sedia ada:
Pelajar  pernah  menggunakan kata adjektif   dalam  kehidupan seharian.
9Miskonsepsi yg dijangka:
Pelajar masih tidak dapat menyatakan secara  jelas kata adjektif dan jenis-jenis kata adjektif.
10Bagaimana memotivasi murid
Saya perlu memperbanyakkan soal jawab dan meminta pelajar memberikan pendapat mereka sendiri. Saya juga boleh meminta mengaitkan dengan pengalaman dan contoh-contoh yang berada di sekeliling mereka agar proses P&P menjadi lebih menarik dan mudah difahami.
11Masalah tingkahlaku yg dijangka dan cara tangani
Masalah yang mungkin timbul ialah sikap sesetengah pelajar yang tidak memberikan tumpuan semasa P&P berlaku dan sikap pelajar yang  tidak memahami pembelajaran yang diajar. Langkah mengatasinya, saya perlu meningkatkan nada suara, melakukan soal jawab dan  mensejajarkan  semula fokus pelajar yang hilang fokus.
12Hasil pembelajaran domain kognitif (dgn unsur ABCD)
Sebelum tamat pengajaran, dalam masa 30 minit (C), pelajar tingkatan 4B (A) dapat:
1.       Menyatakan  (B-aras 1)  definisi (D)  kata adjektif
2.       Menerangkan  (B-aras 2)  sekurang-kurangnya  6 (D) jenis kata adjektif
3.       Menghuraikan (B-aras 2) sekurang-kurangnya 6 (D) jenis kata adjektif

Dikesan dgn:praktis bertempoh dan  Praktis terbimbing
13Hasil pembelajaran KBKK : 
Mengumpul dan mengelaskan  jenis kata adjektif

Situasi kemahiran berfikir digunakan
Mengumpul dan mengelaskan jenis kata adjektif
Dikesan dgn:  Soal Jawab, aktiviti berkumpulan, pemerhatian
14Hasil pembelajaran Kemahiran sosial:  Menyumbang idea, bertanya soalan dan mendengar secara aktif
Dikesan dgn: Pemerhatian, soal jawab
15Hasil pembelajaran Penerapan nilai:  Kerjasama dan hormat menghormati

Dikesan dgn: Aktiviti berkumpulan, soal jawab dan pemerhatian
16Hasil pembelajaran Kemahiran generik: Berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan bekerja dengan orang lain

Dikesan dgn: pemerhatian dan aktiviti berkumpulan



Pelaksanaan Model Hunter
1
2
3
4
BIL
FASA
(anggaran masa)
                        STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
JUSTIFIKASI STRATEGI
1
Set Induksi
(3 minit)
1.       Saya memberikan salam kepada pelajar dan bertanyakan khabar pelajar
Saya menunjukkan video kepada pelajar (BBM 1 VIDEO LAGU TOYOL).
1.       Menurut Dr Sabri, set induksi penting untuk menarik minat pelajar. Misalnya, sebelum memulakan pengajaran guru menayang video kemudian membuat perkaitan video dengan pengajaran yang akan dijalankan.
2
Maklumkan Hasil Pembelajaran (3Minit)
Saya memperkenalkan hasil pembelajaran
1.       Menyatakan  (B-aras 1)  definisi (D)  kata adjektif
2.       Menerangkan  (B-aras 2)  sekurang-kurangnya  6 (D) jenis kata adjektif
3.       Menghuraikan (B-aras 2) sekurang-kurangnya 6 (D) jenis kata adjektif

2.       Menurut Dr Sabri memaklumkan hasil pembelajaran penting kerana pelajar dapat  mengetahui isi pelajaran dan apabila sesi pelajaran berjalan pelajar dapat menjangkakan apa yang guru sampaikan.
3
Penerangan dan penyoalan
(10  Minit)

(Model Pengajaran  Terus (Direct Teaching)
6.       Saya menyatakan definisi kata adjektif.
7.       Saya menunjukkan gambar yang berkaitan dengan kata adjektif (BBM 2)
8.       Saya menerangkan  jenis kata adjektif.(BBM 3)

(Kaedah induktif)
9.       Penglibatan murid secara lisan. Saya menyediakan soalan-soalan kepada pelajar dan memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pendapat dan menggalakkan perbincangan

3.       Menurut Dr Suppiah menyatakan model pengajaran terus dapat membantu pelajar  mempelajari  ilmu pengetahuan atau kemahiran asas  yang boleh diajar langkah demi langkah. Pelajar harus memberikan pemerhatian semasa pengajaran berlangsung.

4
Praktis terbimbing 
(10  minit)
(Model Perkembangan Konsep)
10.    Saya membahagikan pelajar kepada beberapa  kumpulan dan meminta mereka berbincang.
11.    Saya meminta setiap kumpulan untuk menampal jawapan di papan tulis.(BBM 3)

(Numbered Heads Together)
12.    Di dalam kumpulan, pelajar diberikan nombor.
13.    Saya memberikan soalan dan pelajar berbincang.
14.    Saya memanggil nombor pelajar yang kena untuk  memberikan jawapan..

 (Model Kecerdasan Kinestik Permainan Kotak Beracun)
15.    Saya mengadakan aktiviti permainan kotak beracun.
16.    Saya memainkan muzik, apabila muzik berhenti, botol yang berhenti pada kedudukan pelajar, pelajar perlu mengambil kertas dan menjawab soalan atau melakukan sesuatu.

4.       Menurut Dr Dahlia  kaedah pengajaran secara berkumpulan seperti numbered  heads together  ini dapat melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, dan dapat membina semangat bekerjasama dalam kumpulan dan saling  hormat-menghormati.
5
Praktis bertempoh
(2       minit)

17.    Saya  mengedarkan soalan taksiran dan memberikan masa 3 minit untuk melengkapkan jawapan bagi soalan-soalan objektif  tersebut.
18.    Saya  memberikan jawapan selepas pelajar tamat menjawab untuk disemak oleh pelajar.
(Soalan Taksiran) (BBM 4)
5.       Menurut Dr  Sabri praktis bertempoh dapat mengenal pasti tahap pencapaian pelajar, saya boleh melakukan penilaian untuk mengenal pasti  kelemahan pelajar.
6
Penutup
( 2 minit)
19.    Saya meminta murid untuk membuat merumuskan mengenai hasil pembelajaran.
Saya merumuskan hasil pengajaran dan pembelajaran dan mengaitkan dengan hasil pembelajaran kelas akan datang.
6.       Menurut En Mohd Noor, penutup pengajaran sangat penting dengan merumuskan hasil pembelajaran dan memberitahu tajuk yang akan datang.

REFLEKSI (describe & prescribe)
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk pengajaran saya. Saya telah melakukan  penilaian terhadap pelajar selepas proses pengajaran.
 Hasilnya, saya dapati penilaian terhadap pelajar adalah tercapai .
Nilai bacaan sign (2 tailed) adalah kurang dpd .05, maka perbezaan min antara kedua-dua kumpulan  tradisional  dan pembelajaran koperatif  adalah signifikan. Ini bermakna bahawa penggunaan kaedah tersebut telah berjaya meningkatkan skor pelajar.


Cintaku direject ..

Sha ingin berkongsi kisah cinta Sha yang telah direject bukan Sha yang reject tapi orang yang reject Sha.. semoga kisah cinta Sha dapat dijadikan pedoman kepada mereka yang sedang bercinta dan baru berjinak hendak bercinta.. Sebelum ini Sha tidak pernah bercinta walaupun di zaman persekolahan.. Sha mula bercinta ketika belajar di sebuah universiti tempatan..

Kisah cinta pertama
Sha mengenali seorang lelaki yang Sha namakan K.. pada awal perkenalan kami, dia yang bersungguh-sungguh ingin menjadikan Sha sebagai kekasih hatinya.. Sha terharu melihat sikapnya yang bersungguh-sungguh dan mengambil berat tentang Sha. Sha tak pernah rasa sedemikian.. akhirnya, Sha menerimanya sebagai kekasih hati.. kami saling menerima kekurangan masing-masing.. kami saling memahami dan saling setia.. walaubagaimanapun.. langit tak selalunya cerah.. Sha juga selalu berdoa pada Allah swt dia benar2 jodoh Sha maka jodohkanlah tetapi jika dia bukan jodoh Sha maka pisahkanlah kami... ketika itu bulan ramadan.. pada 10 ramadan terakhir orang kata ada satu malam malam seribu bulan.. Sha berdoa pada Allah swt semoga Allah swt merestui hubungan ini, Sha berdoa pada Allah swt semoga Sha ada jodoh dengannya.. tetapi Sha tahu jika bukan dia jodoh Sha berusaha sekuat mana pn kami tidak akan bersatu juga.. Syawal pada tahun 2013 Sha menyambut aidilfitri bersama dengannya.. dan rupa-rupanya Syawal itu adalah syawal terakhir untuk kami.. Si dia atau K mengajak Sha ke rumahnya bersebelahan kampung Sha, ibu dan ayahnya melayan Sha dengan baik.. selepas beberapa hari yang lalu.. K kian berubah Sha bertanya pada dirinya tetapi dia enggan memberitahu.. setelah di paksa dia memberitahu bahawa family tak dapat terima Sha, Sha bertanya sebabnya,.. tapi dia tidak beritahu... selepas beberapa hari Sha memaksa dirinya beritahu Sha.. tapi Sha membuat kesimpulan sendiri.. Ibu dan ayahnya tidak berkenan pada Sha sebab Sha rendah tinggi Sha 149-150cm.. dan kecik.. sebab orang tua cakap orang kecik tidak boleh mengandung..Sebab tiada alasan lain selain ini.. nak kata sebab darjat.. darjat kami sama sahaja..  Alhamdulillah Sha dengan mudah dapat melupakannya.. sebelum ini Sha pernah kurang keyakinan dengan diri Sha.. tapi Sha bersyukur kerana Sha sempurna anggota badan. Sha musahabah diri Sha  dengan melihat orang yang cacat anggota badan tetapi percayalah.. kita manusia yang Allah swt cipta unik dan istimewa setiap orang ada kekurangan dan kelebihan tetapi disisi Allah swt semua hambanya sama kecuali yang membezakan kita hanyalah takwa... ^_^


Kisah cinta kedua
Sha mengenali seorang lelaki di dalam facebook.. dalam banyak2 lelaki yang tegur Sha di dalam Facebook dia yang Sha terbuka hati.. dia pandai ambil hati Sha dan selalu menghiburkan Sha,,, kadang2 Sha takut sebab kami tak pernah berjumpa.. takut dia fikir Sha cantik sangat.. akhirnya pada syawal 2014 Sha mengajaknya ke rumah Sha.. baru Sha tahu keluarganya senang... setelah Sha melihat gambar di dalam rumahnya.. Keluarga Sha sederhana.. ayah kerja kampung dan mak tak kerja.. rumah Sha buruk.. dia melihat rumah Sha dan diri Sha yang sebenarnya.. Selepas dia pulang ke rumah dia tidak lagi menghubungi Sha dan mendiamkan diri.. Sha boleh agak jawapannya.. Sha tak memaksanya untuk terima Sha.. Sha redha kerana setiap anugerah Allah bagi pada Sha .. Sha sentiasa bersyukur...

Walaubagaimanapun, Sha bersyukur kerana ada keluarga yang menyayangi Sha.. Sha ingin menamatkan pengajian di universiti dengan segulung ijazah dan bekerja membantu keluarga Sha. kini Sha sedang praktikum di sebuah sekolah.. sekurang-kurangnya Sha tidak sunyi apabila melihat karenah pelajar Sha.. Pasal jodoh Sha tolak ketepi dulu.. jika ada jodoh Sha didunia Sha terima jika tiada jodoh di dunia mungkin diakhirat.. ^_^

Saturday 2 August 2014

Salam perkenalan..

Assalamualaikum w.b.r.t
Tujuan Sha membuat blog ini adalah kerana kebosanan tahap gaban.. walaupun takde sape nak baca... tapi Sha ttap nak tulis juga.. sebab kebosanan..... selain itu.. dalam blog ini... kita sama2 berkongsi ilmu.. ^_^

MULAKAN HIDUP BARU
Pada tarikh 2/8/2014 adalah tarikh  Sha akan memulakan hidup baru.. Sha ingin kuatkan semangat setelah beberapa kali dikecewa dan direject oleh tut..tut.. hamba Allah... Maksud Sha, Sha ingin bertambah kuat dan tidak akan sesuka hati memberikan hati kepada mana2 kaum adam.. Sha tetap akan kuat walaupun kadang2 keyakinan kian luntur dan semangat kian pudar.. tetapi Sha akan sentiasa ingat Sha masih ada Allah SWT.. walaupun sekuat mana ujian Allah SWT bagi kat kita.. kita ingatlah bahawa kita masih ada Allah SWT...  ^_^